Politik

Anwar bersabar menanti peralihan kuasa dari Dr M

BERSABAR… Itu merupakan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peralihan kuasa yang dijangka berlaku selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Bagaimanapun tiada tarikh atau masa khusus yang ditetapkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Harapan di Putrajaya malam tadi berhubung peralihan kuasa itu.

Persidangan APEC dijadualkan berlangsung pada November tahun ini.

“Tidak ada (perasaan tak puas hati). Kita akan memastikan Tun Mahathir selaku PM dapat menjalankan tugas dengan penuh.

“Dalam perbincangan,saya sendiri cadangkan supaya Tun Mahathir diberi peluang mentadbir dan bila ditetapkan masa yang sesuai (peralihan kuasa berlaku) saya kena sabar,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, malam tadi.

BERITA BERKAITAN: Peralihan kuasa: Terpulang kepada saya – Mahathir

Pada sidang media yang sama juga, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mesyuarat majlis itu  sebulat suara menyerahkan kepada beliau untuk menentukan tarikh peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilaksanakan selepas Persidangan APEC.

“Kita telah bincang panjang lebar berkenaan masa depan parti .

Selain itu, Dr. Mahathir berkata, mesyuarat malam ini juga berbincang tentang Pilihan Raya Sarawak bagi penyusunan kerusi untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

Satu konvensyen, kata Dr. Mahathir, akan diadakan bagi membincang dan menyeleraskan pilihan raya negeri Sarawak.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan Majlis Presiden PH akan memberi tekanan kepada Dr. Mahathir supaya segera menyerahkan kuasa kepada Anwar.

BERITA BERKAITAN: Majlis Presiden PH akan beri tekanan kepada Dr. Mahathir?

Dikatakan antara agenda mesyuarat malam tadi ialah untuk memberikan tekanan kepada Dr. Mahathir supaya melepaskan jawatan  pada Mei dan menyerahkannya kepada Anwar.

Dikatakan ada tiga senario yang mungkin berlaku.

Yang pertama, Dr. Mahathir akan umum sejumlah besar ahli parlimen pembangkang menyertai PH. Dan ahli parlimen ini akan menyokong Dr. Mahathir untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Senario kedua ialah Dr. Mahathir mengumumkan rombakan Kabinet besar-besaran.

Senario ketiga ialah melantik seorang lagi Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Bersatu. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button