Politik

Tiga ADUN PH mulakan semakan kehakiman berhubung darurat

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Harapan telah membuat satu permohonan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung darurat.

Menurut Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, ketiga-tiga ADUN itu memfaikan permohonan untuk membuat semakan terhadap kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkenaan penggantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Ketiga-tiga ADUN terbabit mewakili parti-parti dalam PH iaitu ADUN Simpang Jeram (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Gurun (PKR) Datuk Johari Abdul Ghani dan ADUN Tebing Tinggi (DAP) Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, tindakan mahkamah tersebut bukan bertujuan untuk mencabar Proklamasi Darurat yang telah diisytihar pada 11 Januari yang lalu.

Sebaliknya, tindakan mahkamah tersebut merupakan komitmen dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Permohonan ini dibuat bagi menentukan bahawa kaedah-kaedah di bawah Ordinan Darurat tersebut yang membenarkan penggantungan sidang Parlimen dan DUN adalah tidak sah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri bersama Kabinet telah bertindak secara tidak sah dan melanggari Perlembagaan Persekutuan apabila menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk menggantungkan sidang Parlimen dan DUN,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan wakil rakyat di seluruh negara memerlukan persidangan di Parlimen dan DUN pada waktu kritikal ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Persidangan tersebut untuk mengumpulkan suara rakyat yang diwakili, membincangkan dan meluluskan undang-undang, dasar atau langkah bagi menangani penularan wabak Covid-19 serta urusan lain yang membabitkan pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat.-SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button