Nasional

Zahid Hamidi prihatin jambatan uzur di Gua Musang

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keprihatinan beliau ke atas keadaan satu jambatan yang uzur di Gua Musang, Kelantan.

Zahid dalam satu hantarannya di Facebook berkata, setelah membaca sebuah artikel berkenaan keadaan jambatan uzur yang berdepan risiko keselamatan termasuk kehilangan nyawa itu, beliau meminta pihak KESEDAR dan JAKOA Negeri Kelantan agar mengambil tindakan segera.

“Seperti yang dilaporkan, hampir 500 penduduk Orang Asli berhampiran Kampung Orang Asli Brooke Lama, POS Brooke yang mengguna pakai jambatan tersebut untuk pelbagai tujuan.

“Ini termasuklah menghantar anak-anak ke sekolah,” catat Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, setelah dilakukan siasatan, beliau dimaklumkan bahawa jambatan tersebut bukanlah satu-satunya jalan keluar masuk yang ada di kawasan tersebut.

“Tetapi pihak JAKOA telah membina satu jalan konkrit di sebelah belakang kawasan kampung yang seterusnya bersambung dengan jalan berturap tar menuju ke KOA Liak dan Kuala Rengil.

“Jalan konkrit tersebut merupakan laluan utama dan boleh diakses oleh kereta, pacuan empat roda dan motosikal,” ujarnya.

Namun begitu, kata Zahid, beliau telah meminta pihak KESEDAR dan JAKOA Negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera.

Dan sekiranya perlu melakukan proses baik-pulih ata penambahbaikan, ia akan dilakukan demi keselamatan pendudu di situ, katanya. – SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button