HiburanUncategorized

Premis, operasi Finas ditutup, individu sah Covid-19

BERMULA hari ini selama lima hari premis Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang terletak di Hulu Kelang ditutup buat sementara  dan sekali gus operasi perkhidmatannya dihentikan.

Langkah ini diambil selepas seorang individu yang mengikuti sebuah program di premis berkenaan pada 24 Oktober lepas didapati positif Covid-19.

Finas dalam satu kenyataannya memberitahu, sepanjang tempoh penutupan itu, kaunter bagi urusan berhubung permohonan, pembaharuan lesen, Bayaran Filem Import, Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP), Surat Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM), Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan Tuntutan Bayaran Balik Deposit juga ditutup.

“Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan operasi perkhidmatan Finas, boleh berhubung terus di talian hotline 03-7968 2182 atau e-mel di [email protected]. Talian hotline dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang, kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum,” kata kenyataan itu. – SM

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button