Hiburan

Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir

Pasangan selebriti, Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya, hari ini.

Pernikahan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri.

Memetik laporan Astro Awani, Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.

Gambar Instagram Ayda Jebat

Sebanyak tujuh dulang hantaran telah diberikan rombongan pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh penganti perempuan.

Turut diberikan ialah mas kahwin yang berupa seutas gelas emas. Namun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -SM

(Visited 608 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button