JenayahNasional

Lelaki bunuh bapa, campak mayat tepi jalan

TERGAMAK sungguh seorang anak lelaki bunuh bapanya dan mayat dibalut dengan langsir sebelum dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor, pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, mayat lelaki berusia 74 tahun itu ditemukan pada jam 2 pagi.

“Siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, tangan sebelah kiri disyaki patah, kesan lebam di bahagian dada mangsa.

“Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan pada sebuah kenderaan yang disyaki digunakan suspek berusia 40-an untuk membawa mangsa, terdapat kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Suspek kemudiannya bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kejadian itu dalam masa terdekat,” katanya. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button