Nasional

Tiada pakatan Dr. Mahathir-Muhyiddin, ini bukan `drama’ – Marzuki

SETIAUSAHA Agung Parti BERSATU, Datuk Marzuki Yahya menolak tanggapan kononnya kemelut yang tercetus antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah suatu drama yang sengaja dirancang untuk mengaburi mata rakyat dan Pakatan Harapan sehingga membawa kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Tegasnya, tiada pakatan antara Pengerusi BERSATU itu dengan presiden partinya.

“Tun Mahathir menolak tawaran untuk bekerja dengan kleptokrat  yang ada dalam Perikatan Nasional.

“Beliau berpendirian tidak layak untuk mereka yang berada dalam kerajaan kerana dari pasukan yang kalah (PRU-14).

“Muhyiddin bagaimanapun lebih memilih (untuk bersama) Najib dan kumpulannya berbanding pendirian Tun Mahathir,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA malam tadi.

Tegas Marzuki, Perikatan Nasional bukanlah gabungan yang perlu digeruni sebaliknya ia suatu pelanggaran perjanjian dengan rakyat setelah kerajaan yang tertubuh selama ini dari mandat yang diperoleh secara tiba-tiba dihancurkan kerana (perebutan) jawatan Perdana Menteri.

“Dan sanggup menggadai negara semata-mata untuk jawatan Perdana Menteri. Ia salah dari segi perhitungan. Keputusan terburu-buru dengan implikasinya.

“Ia kejatuhan negara akibat salah tingkah laku dari keputusan presiden itu sendiri,” katanya.

Mengenai Dr. Mahathir, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu masih ada kekuatan.

“Kelmarin saya berjumpa dengan beliau pun masih bawa (memandu sendiri) keretanya. Tak nampak beliau down tetapi still energetic (masih bertenaga) dan turut terima tetamu.

“Cuma apa yang beliau lakukan sekarang ini adalah untuk membawa usul tidak percaya (terhadap Muhyiddin),” katanya.

Mengenai persediaan BERSATU menghadapi PRK DUN Chini pada 4 Julai nanti, Marzuki berkata:
“Muafakat Nasional akan letakkan calon mereka. Mereka tidak terkait dengan Perikatan Nasional dan jelas Muafakat Nasional (disertai UMNO-Pas) ini tidak terima BERSATU dari Perikatan Nasional.

“Ini suatu kegusaran, maka BERSATU perlu berdiri sendiri. Dengan tidak bersama Pakatan Harapan, juga tidak dengan Perikatan Nasional, BERSATU pasti ditinggalkan dalam PRU-15.”

Marzuki Yahya mengakui banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku sehingga beliau seakan tidak percaya mereka yang dilihat begitu setia dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sanggup meninggalkan Pengerusi BERSATU itu.

“Peja (Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ) yang panggil Tun “daddy” pun boleh pergi (ke Perikatan Nasional),” katanya.- SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button