Ekonomi

Bank Rakyat anjur iSHAR kali ke-4 kumpul Cendekiawan Syariah Antarabangsa

BANK RAKYAT menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa Bank Rakyat Ke-4 (iSHAR) 2022 menerusi kerjasama International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) dan Derasat for Research and Consulting Islamic Banking (DERASAT).

Berlangsung sejak 2015, persidangan dwitahunan ini bertujuan untuk membantu industri kewangan Islam secara keseluruhan dalam menawarkan penyelesaian yang sesuai dan strategik mengenai isu Syariah berkaitan perbankan dan kewangan Islam selari dengan nilai Kepimpinan Syariah Bank Rakyat dalam memperlihatkan Bank sebagai pelopor dalam mempromosi program kepimpinan pemikiran yang diiktiraf di peringkat global.

Persidangan ini menyaksikan lebih daripada 35 cendekiawan Syariah dan yang terkemuka merangkumi Malaysia, Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan Algeria.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh bin Haji Omar, yang merasmikan persidangan tersebut, berkata topik pada tahun ini mengenai “Pembangunan dalam Transaksi Kewangan Islam Kontemporari” merupakan topik yang amat sesuai dan tepat pada waktu ini dengan mengambil kira cabaran semasa berikutan wabak pandemik dan peralihan kepada fasa pemulihan yang bersifat sejagat.

Dalam ucapan perasmiannya, Noh menekankan bahawa visi dan mandat institusi kewangan Islam perlu dinilai dan disahkan dengan sebaiknya supaya negara dapat disokong dalam melaksanakan agenda transformatif.

“Jika kita boleh menawarkan penyelesaian yang jelas kepada cabaran semasa, saya percaya kita mempunyai peluang untuk memberi inspirasi kepada usaha penambahbaikan,” kata Noh.

Acara penting itu turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Bank Rakyat, INCEIF, DERASAT dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mana kerjasama ini bertujuan untuk berkongsi bidang kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam perbankan serta industri kewangan Islam.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) amat mengalu-alukan kerjasama ini yang mana melibatkan organisasi antarabangsa, dengan memanfaatkan kepakaran luas dalam kewangan Islam, terutamanya dalam keadaan wabak COVID-19 yang kian menjejaskan pembangunan institusi kewangan Islam dan pemain industri lain.

Justeru, inisiatif sebegini dapat memakmurkan ‘Keluarga Malaysia,” tambah beliau lagi.

Perkongsian ini juga selari dengan visi Bank Rakyat untuk menjadi ‘Bank Koperasi Islam Progresif No. 1 Malaysia’, yang mana Bank Rakyat percaya akan kepentingan menyalurkan semula keuntungannya kepada masyarakat bukan sahaja di tempat ia beroperasi tetapi kepada industri kewangan Islam secara keseluruhannya melalui perkongsian ilmu.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar berkata, “Dalam perubahan latar belakang landskap teknologi dan perniagaan, bank telah merangka pelan strategik Bank Rakyat (BR25) pada 2020 bagi mencapai visinya.

Kami juga berharap inisiatif ini akan mengukuhkan lagi bukan sahaja Bank Rakyat, tetapi industri kewangan Islam secara keseluruhan dan memastikan penyebaran keadilan dan kemakmuran bersama seperti yang dituntut oleh Syariah,” tambah Abd Rani.

Pada majlis itu, Bank Rakyat turut melancarkan buku Studies and Recommendations of International Shariah Scholars Roundtable edisi ketiga, berdasarkan perbincangan semasa iSHAR 2019 yang bertujuan untuk menangani isu kontemporari penting yang dihadapi oleh industri perkhidmatan kewangan Islam. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkenal Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button