Nasional

PM umum e-tunai akan diberikan pada Jun ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-tunai untuk golongan belia berusia 18 sehingga 20 tahun akan diagihkan pada bulan Jun ini. Pengagihan tersebut akan dilakukan melalui e-tunai yang dinamakan Belia Rahmah.

Dalam masa yang sama beliau yang merupakan Kementerian Kewangan mengingatkan kepada semua kepada golongan belia untuk tidak mempercayai di media sosial Tiktok berkenaan satu vedio yang telah tular baru-baru ini bahawa bantuan tersebut sudah diberikan pada bulan lepas.

“Kalau Menteri Kewangan kata betul lah tapi kalau TikTok kata tak betul lah, bagi Menteri Kewangan jawab.

“Ini bulan Mei, bulan Jun kita bagi, insya-Allah,” katanya semasa program santai petang bersama dan dialong di Kolej Vokasional Langkawi.

Kredit e-Tunai berjumlah RM200 akan disalurkan kepada seramai dua juta belia.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Februari lalu.

Jumlah tersebut meliputi peruntukan sebanyak RM400 juta yang disediakan kerajaan.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button