Luar Negara

Tidak hantar skor harian Wordle, wanita diselamat jadi tebusan

SEORANG wanita di Chicago yang menjadi tebusan telah berjaya diselamatkan selepas dia gagal berkongsi skor Wordle harian dengan keluarganya.

Ini menyebabkan keluarganya mengesyaki sesuatu terjadi kepadanya.

Wordle adalah permainan teka huruf yang kini sedang popular yang memerlukan pemain meneka lima huruf dalam enam percubaan setiap hari.

Anak perempuan sulung Holt, Meredith Holt-Caldwell yang tinggal di Seattle berasa curiga selepas ibunya tidak menghantar skor harian Wordle itu dan kemudiannya terus menghubungi polis di Chicago sebelum pemeriksaan lanjut dibuat di rumah berkenaan.

Setelah tiba, polis menemui Holt yang dijadikan sebagai tebusan.

Seorang lelaki dikenali sebagai James H Davis III, 32, memecah masuk ke rumah Denise Holt, 80, yang bersendirian di rumahnya pada 5 Februari dan terus mengacukan pisau terhadapnya

Davis berada dalam keadaan berlumuran darah dan berbogel selepas memecahkan tingkap untuk masuk.

Holt mengatakan bahawa Davis memberi jaminan untuk tidak mencederakannya, namun memaksa untuk mandi bersama sebelum mengunci wanita itu di ruang bawah tanah.

Polis mengesyaki Davis mempunyai masalah mental.

“Saya tidak menyangka akan dapat terus hidup,” kata Holt kepada Stesen CBS. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button