NasionalRencah Hidup

Tidak hairan wabak aneh di China, majoriti penduduk pengotor – pengalaman pensyarah

Bulu ketiak lelaki dan perempuan sama panjang

SEORANG pensyarah yang bertugas selama tiga bulan di Universiti Zhengzhou di wilayah Henan, China berkata dia tidak terkejut penyakit aneh tular di negara berkenaan, lantaran penduduknya yang pengotor.

M Hafiz Ostman berkata, dia terpaksa berkayuh basikal sejauh 8 kilometer setiap hari untuk pulang ke rumah untuk menggunakan tandas, kerana tandas di universiti sangat kotor.

Katanya, najis bersepah-sepah dan pelbagai lagi sampah-sarap termasuk tuala wanita penuh darah haid dibuang merata-mata.

Beliau merupakan pensyarah bahasa Jerman juga berkongsi cerita bagaimana bulu ketiak pelajar perempuan sama panjang dengan bulu ketika pelajar lelaki.

Berikut hantaran Hafiz ke Facebook miliknya:

Virus Wuhan ke, virus Corona ke, virus Corolla Altis ke, sikit pun aku tak heran, sebab memang layaklah depa kena penyakit pelik² ni. Pengalaman aku berada selama 3 bulan mengajar bahasa Jerman di Universiti Zhengzhou, Provinsi Henan di China cukup menunjukkan betapa pengotornya depa ni.

Tandas awam di Universiti Zhengzhou amatlah kotornya. Tahi bersepah² atas lantai. Air memang takde. Semua tingkat daripada tingkat 1 sampai tingkat 6 semuanya kotor penuh najis. Aku tiap² hari terpaksa berkayuh basikal semata² nak buang air di apartmen aku 8km jaraknya pergi balik. Naya betul. Tandas kotor ya amat². Boleh terbau dari jarak 2 marhalah. Sisa “uranium plutonium” tu ada di mana² saja. Rasa macam nak pakai topeng muka di loji nuklear Chernobyl tu. Rasa geli sebab terpaksa menyedut udara tercemar.

Lepas tu tong sampah semua main campak saja. Situlah sisa makanan. Situlah kertas. Situlah juga tuala haid wanita tu. Boleh nampak kot darah haid tu kat situ. Ngeri woi. Aku nengok sendiri. Jijik. Tapi tu la sekor pun dalam kelas tu baik laki baik pempuan sama² naik, sama johan, sikit pun tak rasa jijik atau kotor tengok benda² gitu. Masuk tandas macam hidung tu dah kebal tak rasa apa². Sajanya yang pelik.

Kalau ke shopping mall di Zhengzhou tu aku terpaksa pergi ke tingkat 8 ke atas. Sebabnya kawasan tu kurang orang datang. Jadi itulah yang agak bersih. Aku rasa tahap kebersihan tandas dia ni ibaratnya macam tandas di UKM yang paling kotor jadi tandas yang paling bersih di Zhengzhou. Serius. Aku 3 bulan memerhati saja. Dalam pesawat pun sama kotor. Hancing sesaja. Kuat pulak tu baunya.

Lepas tu kalau dalam kelas aku rasa nak termuntah bila sesi soal jawab. Sebabnya bila sesi soal jawab depa masing² angkat tangan. Maka terserlahlah bulu ketiak masing² yang panjang 2-3 depa mengalahkan berus lukisan nak buat lukisan abstrak, Jackson Pollock. Dah la gitu tak mandi pulak. Depa punya bulu ketiak ni bersaing² laki dan pempuan, masing² tak nak kalah..panjang² belaka sampai boleh dipintal jadi tali kapal. Ngeri kot.

Lupa nak sebut satu lagi. Depa ni suka korek hidung depan². Takde rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita nengok rasa jijik. Siap gentel² lagi. Lepas tu datang kat aku nak mintak tandakan kerja rumah. Geli aku. Aku malas nak tanda. Suruh depa tanda sendiri. Pengotor nak mampus.

Dan tak lupa jugak depa ni suka meludah merata². Dalam bas dia boleh meludah, kat lantai bas tu penuh kesan² ludah, ada air liur, kahak kuning hijau semua ada. Entah apa hukumnya tu, aku kira lumpsum la hukumnya Najis Mughallazah sebab perangai pun serupa Mughallazah. Kalau budak² kecik di Zhengzhou tu baya² setahun dua tu memang dibiarkan dek mak bapaknya kencing berak merata. Seluar budak² tu memang siap berlubang di tengah² supaya boleh berak kat mana².

Aku balik saja dari China terus aku jatuh sakit. Aku kena demam panas mengejut. Aku kena influenza. Kena tahan ward 4 hari tak pasal² kena bil RM6k. Nasib baik aku ada insuran. Kelenjar dekat paha aku membengkak hampir sebesar bola golf. Sakit. Aku menahan sakit menggigil² sejak dalam pesawat lagi. Nasib aku balik dari Guangzhou ke KL naik Malaysia Airlines. Pramugari baik². Bagi aku Panadol. Dapat makan sedap². Lagi satu naik China Southern Airlines pramugari tak mahir bahasa Inggeris. Tandas kotor. Makanan tak sedap. Ada ke patut dibaginya pisang muda. Taubat lahum takkan ku jeru lagi dah.

(Waktu ni muka senyum lagi sebab tak tahu apa yang bakal aku hadap di kampus)

Dipetik dari Facebook M Hafiz Ostmann

(Visited 1,495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button