Bola SepakSukan

Reaksi Alcantara raih perhatian

REAKSI Thiago Alcantara selepas Bayern Munich menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Lisbon, awal pagi tadi sudah cukup menunjukkan betapa bermaknanya kelab itu kepada dirinya.

Bintang Sepanyol tersebut, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, bulan ini, melutut dan memejamkan matanya sambil menggenggam kedua-dua tangan ke udara.
Perlawanan itu mungkin aksi terakhirnya bersama kelag gergasi Jerman tersebut.
Dia mungkin bakal menurunkan tanda tangannya dalam masa beberapa hari lagi di Liverpool dan berkata, selamat tinggal Bavaria, negeri yang dianggap kediamannya sejak 2013.

Namun, tiada yang lebih penting melainkan ketika Kingsley Coman menjaringkan gol untuk Bayern pada final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG).
Gol itu terbukti amat penting, yang mana Thiago lebih mengetahuinya berbanding kita semua kerana ia turut memastikan namanya berada pada trofi Eropah tersebut buat kali kedua.

Liverpool difahamkan amat berminat untuk mendapatkan khidmat Thiago pada musim panas ini yang didakwa berharga 30 juta pound (RM164 juta).

The Reds dikatakan bersedia membayar kurang 10 juta pound (RM54 juta) berbanding harga yang dituntut, tetapi kelab itu dijangka menambah jumlah wang tunai berdasarkan persembahan pemain itu, awal pagi tadi.

Thiago sebenarnya bersedia untuk berpindah. Menurut laporan media, dia telahpun menjual kediamannya di Munich, dan teruja untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris. – Mirror UK – SM

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button