fbpx
Politik

Tidak bincang isu Bersatu masuk MN – Annuar

TIADA perbincangan isu sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Muafakat Nasional (MN) ataupun tidak.

Perkara itu dijelaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung ura-ura Bersatu akan menyertai UMNO dan Pas.

Terdahulu wujud spekulasi mengatakan penyertaan Bersatu dalam MN sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Bagaimanapun hal tersebut tidak disentuh dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur malam tadi.

“Tidak ada. Kita lusa ada mesyuarat bersama jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


BACA > Buka tadika bermula Julai dedahkan anak-anak kepada bahaya — Suara Merdeka

“Barangkali di situ ada bincang. Malam ini perbincangan secara umum, secara biasa.”

Demikian kata Annuar seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat MT itu, antara isu yang disentuh adalah hal berkenaan pilihan raya mengejut.

Kata Annuar, walaupun isu tersebut dibincang secara umum namun UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika Parlimen dibubar dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, portal sama turut melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tidak menolak jika PRU-15 diadakan sebelum cukup sepenggal Parlimen.

BACA > Siti Kasim mahu saman Pekida — Suara Merdeka

Katanya, perkara itu tidak mustahil ekoran gangguan dan desakan berterusan yang diterima PN daripada pembangkang sehingga mengganggu kestabilan kerajaan.

“Kalau ditakdirkan Perdana Menteri bubarkan kerana tiada pilihan lain atau terbubar kerana undi tak percaya sebagainya.

“Kita tak boleh elak berhadapan dengan PRU-15 dan Pemuda perlu bersiap sedia, bukan kerana kita mahu,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Asyraf lagi, ada isu yang lebih penting perlu diselesaikan dahulu sebelum penggal Parlimen tamat iaitu pandemik Koronavirus (Covid-19).

BACA > Pilihan raya kilat bukan jaminan hasilkan kerajaan stabil — Suara Merdeka

“Kalau boleh isu Covid-19 dapat diselesaikan, kalau habis penggal lebih baik,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button