Politik

Tidak bijak untuk singkir Muhyiddin sekarang

CADANGAN untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara bergelut melawan wabak Covid-19 adalah langkah yang tidak bijak.

Aktivis Sosial dan Sains Politik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, pada ini negara perlu fokus dalam mengurus krisis yang saling berkaitan iaitu kesihatan dan ekonomi yang perpunca daripada pandemik tersebut.

Beliau mengakui persoalan sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan daripada Dewan Rakyat merupakan sesuatu yang perlu diselesaikan, tetapi ia boleh tunggu.

Salah satu kemungkinan daripada undi tidak percaya itu adalah pembubaran Parlimen dan diadakan pilihan raya.

Jika itu berlaku kata Dr. Chandra, ia akan membabitkan kos yang tinggi

“Dianggarkan kos untuk pilihan raya Parlimen sahaja menelan belanja RM800 juta. Dengan keadaan krisis ekonomi dan semua pelbagai pelbagai perbelanjaan yang perlu ditanggung ekoran krisis kesihatan ini, adakah kita mampu menanggung perbelanjaan yang besar itu?” Kata beliau ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Beliau juga membangkitkan soal risiko kesihatan terhadap orang ramai yang hadir ketika berkempen dan sama ada parti poltikal dan para pengundi membantu memastikan penjarakan sosial.

Katanya, jika keputusan undi itu tidak membawa kepada pembubaran parti, tentu akan membawa kepada gejala lompat parti untuk melihat Pakatan Harapan kembali menguasai Putrajaya.

Katanya, ini akan mengakibatkan pentadbiran kerajaan tidak berfungsi dan mengingatkan bahawa program yang ‘baik’ yang dilancarkan oleh Putrajaya untuk membantu rakyat akan terjejas.

“Semuanya akan berubah secara dramatik kerana kerajaan berbeza,” katanya.

Namun, Chandra tetap mengatakan bahawa cara kerajaan Perikatan Nasional mendapat kuasa adalah salah daripada segi etika.

Bagaimanapun katanya, menggulingkan mereka ketika negara berada di tengah-tengah krisi akan memberikan kesan yang lebih buruk.

“Inilah sebabnya saya lebih suka Muhyiddin dan pasukannya, termasuk pegawai kerajaan yang berperanan kritikal, seperti Ketua Pengarah Kesihatan, diberikan sokongan untuk melakukan apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi,  Tun Dr, Mahathir Mohamad untuk meminta undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button