Parlimen

Tidak benar ‘Kerajaan Melayu-Islam’ potong peruntukan UiTM

Tidak benar ‘Kerajaan Melayu-Islam’ sampai hati memotong peruntukan kepada ‘universiti Melayu-Islam’ Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Belanjawan 2021.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menafikan tuduhan Ahli Parlimen PKR (Tangga Batu) Rusnah Aluai bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang ditunjangi ‘Melayu-Islam’ memotong peruntukan kepada universiti tersebut.

“Nampaknya macam-macam bantuan kepada IPTS dinyatakan. Tapi saya sebagai seorang pensyarah UiTM saya ingin menyoal mengapa berlakunya pemotongan Belanjawan 2021 yang begitu besar kepada UiTM sehingga mencecah RM120 juta.

“Mengapa kerajaan PN yang terdiri kerajaan Melayu Islam sampai hati memotong peruntukan kepada universiti Melayu Islam yang utama di Malaysia,” tanya Rusnah ketika sesi jawapan Menteri ke atas Perbahasan Belanjawan di Peringkat Dasar.

Noraini berkata, berlaku salam faham mengenai peruntukan kepada UiTM dalam Belanjawan 2021.

Menurutnya, jumlah peruntukan mengurus yang diterima UiTM pada tahun 2020 sebanyak RM1.86 bilion adalah termasuk peruntukan Hospital UiTM. Walaubagaimanapun bagi tahun 2021 peruntukan tersebut telah diasingkan.

“Bermaksud ia dibahagi kepada dua. Instead satu sahaja peruntukan itu masuk terus ke UiTM dia bagi kepada dua, iaitu UiTM dan juga Hospital UiTM.

“Secara keseluruhan peruntukan kepada UiTM tidak termasuk kepada Hospital UiTM pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1.737 bilon. Manakala peruntukan 2021 adalah RM1.733 bilion iaitu pengurangan sebanyak RM3 juta.

“Saya ingin maklumkan bahawa pengurangan RM3 juta ini akan ditampung oleh pihak kementerian melalui penjimatan dalaman yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” kata Noraini.

Noraini memberi jaminan kebajikan warga UiTM akan tetap menjadi keutamaan.

“Saya beri jaminan bahawa 100 peratus peruntukan emolument kepada kakitangan akademik akan disalurakan.

“Kementerian juga beri jaminan bahawa pembayaran gaji dan emolument kakitangan kontrak akan turut dibiayai olej pihak kerajaan,” kata Noraini.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan kononnya UiTM akan menamatkan perkhidmatan 600 pensyarah separuh masa berikutan pengurangan peruntukan dalam Belanjawan 2021.-SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button