Rencana

Tidak baik menuduh Zahid berniat jahat selepas beliau bersumpah

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah bersumpah bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Oleh itu adalah tidak baik kita menuduh segala usaha yang dilakukan oleh Dr. Ahmad Zahid ini adalah demi memastikan puluhan tuduhan jenayah beliau di mahkamah dibebaskan.

Dr. Ahmad Zahid sendiri telah menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan membersihkan nama beliau di mahkamah.

Beliau bukan sengaja menangguhkan perbicaraan kesnya, tetapi kerana penularan Covid-19 menyebabkan perbicaraan berkenaan terpaksa ditangguh lagi ke akhir bulan ini dan mungkin ditangguh lagi kerana jangkitan yang masih tinggi.

Dr. Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO ke sana dan ke sini bagi membantu rakyat yang terjejas dek pandemik ini dan turut telah meletakkan menteri-menteri dalam kalangan pemimpin UMNO yang terbaik  di dalam kabinet bagi membantu kerajaan menangani krisis ini.

Dr. Ahmad Zahid juga memastikan semua pemimpin UMNO termasuk blogger memegang jawatan hingga sebagai ahli lembaga pelawat Hospital Kuala Lumpur bagi memastikan kelancaran operasi menangani Covid-19.

Bagaimanapun oleh kerana beliau sendiri tiada jawatan di dalam kerajaan, penglibatan beliau agak terbatas.

Jadi tidak salah beliau menawarkan diri sebagai calon perdana menteri dan beliau pastinya yakin negara ini mampu keluar daripada krisis pandemik ini secapat mungkin.

Jika kerajaan Muhyiddin menjangkakan negara ini akan keluar dari krisis pandemik sekitar dua bulan lagi, pastinya Dr. Ahmad Zahid mempunyai formula yang lebih ampuh dan segera yang berkesan apabila beliau menjadi perdana menteri.

Beliau sendiri pernah menjadi timbalan perdana menteri yang paling berjaya dalam sejarah tanah air.

Ibaratnya jika hari ini Dr. Ahmad Zahid jadi perdana menteri, esok krisis kesihatan, ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat selesai sekelip mata.

 

 

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button