Politik

Tidak adil salahkan Dr. Mahathir sepenuhnya, Daim

Ahli politik veteran Tun Daim Zainuddin berkata, tidak adil untuk menuduh dan meletakkan semua kesalahan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad atas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata Daim, tulisan Tommy Thomas dalam memoirnya yang menuduh Dr, Mahathir punca kepada kehancuran kerajaan PH adalah tindakan semberono dan tidak mengamalkan konsep tanggung jawab bersama.

Daim dalam balasan emel kepada FMT berkata, Dr. Mahathir tidak mempunyai kuasa yang total sebagaimana dia memerintah bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Kata Daim, Dr. Mahathir bekerja seorang diri dan seorang individu tidak akan mampu menangani semua isu, apatah lagi membabitkan isu sensitif iaitu perkauman yang dikaitkan dengan kerajaan PH ketika itu.

Anggota kabinet PH lebih mengutamakan agenda masing-masing dan tidak menyokong serta bertanggungjawab secara bersama dalam menangani isu-isu yang timbul.


“Sebagai contoh, perkauman pasti tidak dapat diselesaikan melalui tindakan seorang. Setiap orang harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang sangat serius ini.

“Sangat sederhana dan sangat tidak adil untuk meletakkan masalah perkauman tepat di bahu seseorang. Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan jika kita benar-benar mencintai negara kita, ” kata Daim.

Daim ialah pengerusi majlis penasihat PH yang berkuasa pada Mei 2018.

(Visited 190 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button