Hiburan

Artis veteran, OKU terjejas akibat COVID-19 terima sumbangan

SEBANYAK 20 artis veteran dan berstatus orang kurang upaya (OKU) yang terjejas susulan wabak COVID-19, menerima bantuan keperluan asas daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

YKAT dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan yang diserahkan pada Isnin lepas itu, adalah menerusi dana YKAT dengan kerjasama Pasaraya Lulu Group Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, YKAT ingin membantu artis dan keluarga mereka terutama artis veteran yang amat memerlukan bantuan khususnya dalam mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Antara artis yang menerima sumbangan ialah Hamid Gurkha, Papa Rawi, Mak Jah, Kogilarani, Balakrishnan, Alfred Ho, Lim Kong Tuck, Goh Cheng Hock dan beberapa lagi.

“Sumbangan barangan runcit seperti beras, susu, gula, tepung, bawang, cili, makanan dalam tin dan lain-lain lagi. Bantuan dihantar secara terus ke rumah masing-masing,” menurut kenyataan itu.

YKAT dijadual menyerahkan bantuan sama kepada 20 lagi artis yang terjejas, dalam masa terdekat.

BACA

BERNAMA

(Visited 143 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button