Parlimen

Tidak ada penipuan benar hanya 80 MP dalam Parlimen

TIDAK ada sebarang penipuan atau pembohongan terhadap keputusan untuk membenarkan hanya 80 ahli Parlimen iaitu 40 pihak kerajaan dan 39 pihak pembangkang dalam Dewan Rakyat pada satu-satu masa.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ianya adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh oleh Ketua Whip parti masing-masing sebagai salah satu tindakan untuk menghalang penularan Covid-19 di Parlimen.

Tegas Azizan, beliau sendiri memperjuangkan agar bilangan ahli Parlimen yang dibenarkan masuk seramai 100 orang selepas ada yang mencadangkan agar hanya 2 ahli Parlimen dari setiap parti dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat ketika sesi berlangsung.

“Terdapat cadangan cuma dua ahli Parlimen setiap parti yang hadir. Saya yang perjuangkan agar 100 orang (ahli Parlimen). Saya. Kemudian selepas dibincangkan dan dirunding, kita setuju 80 ahli Parlimen. Saya yang perjuangkan untuk lebih. Bukan orang lain.

“Mengenai persetujuan 40 ahli Parlimen kerajaan dan 39 pembangkang ini untuk mencerminkan majoriti dalam Dewan Rakyat sekarang,” kata Azhar.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang mempertikaikan keputusan yang diumumkan oleh Dewan Rakyat pagi tadi.

Ahli Parlimen DAP itu mempertikaikan kenapa bilangan ahli Parlimen yang dibenarkan masuk tidak seimbang iaitu 40 kerajaan dan 40 pembangkang kerana ia tidak adil sekiranya undian diakan oleh Perlimen.

“Saya tidak mahu buat tuduhan, dan saya tidak mahu Tuan Speaker salah faham. mengatur bilangan orang-orang dalam Dewan sepatutnya, tuan adalah peguam yang terkenal, saya tidak mahu tuan dikritik tanpa asas.

“Kenapa tidak 40-40 dipihak pembangkang dan kerajaan ketika mengundi dan sebagainya. Walaupun telah dipersetujui oleh Ketua Whip saya mahu penjelasan kenapa ia tidak sama rata,” tanya Rayer.

Azhar menjelaskan, bahawa ketika undian belah bahagi dijalankan kesemua ahli Parlimen akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab.

Justeru katanya, tidak ada penipuan atau pembohongan seperti yang dituduh di dalam media sosial.

“Kalau ada undi belah bahagian kita sudah setuju untuk semua ahli Parlimen masuk membuat undian. Kita tidak hadkan bilangan pengundian kepada 80 orang sahaja, 40 kerajaan dan 39 pembangkang. Tidak ada.

“Jadi tidak ada pembohongan atau penipuan seperti yang saya lihat dalam Twitter. Itu amat salah sekali. Dia ambil 80 orang sahaja.

“Mengundi itu kita hadkan masa 15 minit ke 20 mini. Rasionalnya kita tidak mahu mendedahkan ahli Parlimen dalam kumpulan yang ramai dalam masa yang lama,” kata Azhar.-SM

 

 

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button