Parlimen

Tidak ada gambaran PM hilang kepercayaan, usul di ‘KIV’

USUL Tidak Percaya  dan usul percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan kekal dalam aturan urusan mesyuarat dan tidak dibahaskan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan itu diambil kerana
tidak terdapat langsung gambaran bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang kepercayaan sebagai Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

“Memandangkan tidak ada langsung bentuk yang mengambarkan YAB Pagoh hilang kepercayaan, kerajaan berpandangan usul-usul tidak percaya dan usul-usul percaya merupakan usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai saya percaya dewan menganggap itu bukanlah satu perkara yang perlu disegerakan.

“Oleh sebab itu usul-usul ini akan kekal dalam aturan urusan mesyuarat tertakluk kepada Peraturan 14 dan 15,” jelas Takiyuddin.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang meminta penjelasan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya kepada Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia akan dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat.

Takiyuddin memperjelaskan beberapa peristiwa yang menunjukkan bahawa Muhyiddin masih memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Antaranya termasuk peristiwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal mempersembahkan majoriti sokongan ketika dipanggil menghadap Yang Dipertuan Agong pada 13 Oktoner lalu.

“Namun demikian, saya mohon izin membacakan satu kenyataan dari Istana Negara dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 20 minit, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walaubagaimanapun beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Sehubungan dengan itu Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Takiyuddin.

Takiyuddin juga berkata, pembangkang khususnya ada mengatakan sekiranya Rang Undang-Undang Perbekalan ataupun Belanjawan 2021 tidak diluluskan ianya adalah satu andaian bahawa PM telah hilang kepercayaan majoriti.

“Namun demikian sebagaimana yang kita ketahui pada 26 November baru-baru ini Belanjawan 2021 telah diluluskan secara sebulat suara manakala kurang daripada ahli Parlimen yang tidak bersetuju. Itu adalah rekod di dalam Dewan Rakyat ini.

“Oleh kerana itu tidak timbul langsung soal kononnya ada kekurangan atau kehilangan sokongan majoriti Yang Amat Berhormat Pagoh,” kata Takiyuddin.

Beliau turut mencabar untuk mana ahli Parlimen mempersembahkan sebarang bukti kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Muhyiddin telah hilang kepercayaan majoriti ahli Parlimen.

“Namun demikian bukan menjadi halangan kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan apa-apa juga bentuk yang menunjukkan sokongan kepada mana-mana orang dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk menjadi seorang PM ke-9.

“Kita di pihak kerajaan terbuka kalau ada mana-mana ahli Parlimen boleh mengemukakan akuan bersumpah kepada Agong melebihi 112 kita akur sebagai satu proses demokrasi dalam negara kita ini,” kata Takiyuddin.-SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button