Parlimen

Tiba-tiba Tajuddin belasah Najib di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak gunakan sesi di Dewan Rakyat untuk menjawab tuduhan terhadap beliau sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Johor oleh pelbagai pihak.

Antara yang disentuh ialah isu GST, Petronas, Tabung Haji, 1MDB dan banyak lagi isu.

Sikap itu ditegurkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak membawa isu rakyat yang sepatutnya diberi keutamaan pada Dewan Rakyat.

Beliau kecewa kerana para pemimpin hanya bercakar dan menunjukkan kehebatan berucap masing-masing dan bukan membawa masalah rakyat.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa ahli parlimen yang bersikap sebagai ‘Little Napoleon’.

Menurut Tajuddin, bila ditegur atau tidak diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula ugut untuk menarik sokongan dan sebagainya.

“Jangan bermain politik berlebihan, kita hendak berkhidmat untuk rakyat, negara dan sebagainya,” katanya.

 

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button