Politik

Krisis politik: Rakyat Malaysia menjadi petanda bangsa berkemajuan

KEADAAN aman dan damai tanpa sebarang pertelingkahan, demonstarsi mahupun rusuhan menunjukkan rakyat Malaysia telah sampai kepada tahap bangsa yang maju.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh krisis yang berlanjutan hampir seminggu itu.

“Terima kasih rakyat Malaysia kerana sikap sangat sabar dan bertanggungjawab ini. Anda semua adalah petunjuk sebenar bangsa yang berkemajuan.

“Sesuatu yang mesti kita hargai dari semua episod ini ialah betapa matangnya rakyat Malaysia. Negara terus aman dan damai. Tiada yang ke jalanraya dan menunjuk rasa.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab seperti dibentangkan dalam Perlembagaan negara. Rakyat tidak panik dan bertindak keburuan,” kata Mohamad.

Menurutnya, berakhirnya krisis kepimpinan menadakan terbit fajar baru untuk Malaysia.

Rakyat pelbagai kaum mengharapkan pemerintahan baru yang didominasi tiga parti utama Melayu iaitu Pas, UMNO dan Bersatu menjadi kerajaan semua untuk semua.

Mohamad berkata, kini terpulang kepada Perdana Menteri yang baru dilantik iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan sekutunya, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Malaysia mesti diuruskan dengan pendekatan terangkum dan berkeadilan. Semua punya hak, keutamaan dan kepentingan dibawah lembayung langit Malaysia.

“Keutamaan memulihkan kedudukan ekonomi negara wajar menjadi keutamaan tertinggi. Kesuraman ekonomi Malaysia mesti dicergaskan kembali dan usaha ini mesti dilipat gandakan,” kata Mohamad.

Jelas beliau, kini juga masanya untuk rakyat Malaysia bertaut kembali sebagai sebuah bangsa dan negara.

Rakyat Malaysia perlu  memberi keutamaan kepada tanahair dan masa depannya.

“Setiap dari kita menyimpan cita-cita untuk Malaysia yang terbaik. Inilah persamaan yang selalu kita lupai Jaminan masa depan Malaysia yang lebih baik itu tidak memerlukan pidato yang inspiratif, atau retorik yang menusuk kalbu.

“Ia memerlukan kerja keras, idea yang tulen dan keeratan kerjasama rentas kaum dan agama. Untuk Malaysia nan satu-satunya ini, marilah kita jadikan semua ini harapan nyata,” kata Mohamad.-SM

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button