NegeriPendidikanRencah Hidup

Raja Puan Muda sempurnakan Konvokesyen Murid Tadika Islam Perlis

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Murid Tadika Islam Perlis (TIPs) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Warisan Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan mengurniakan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang sempena Konvokesyen Murid TIPs JAIPs di Dewan Warisan Kangar.

Majlis Konvokesyen TIPs dianjurkan bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid TIPs yang telah berjaya menempuh alam Prasekolah.

Seramai 108 orang murid enam tahun yang bergraduasi dari 15 buah TIPs yang beroperasi di seluruh negeri Perlis.

Najmuddin dalam ucapannya menyatakan, Pendidikan Islam perlulah diperkenalkan seawal usia Prasekolah bagi menyemai benih bermutu dalam pembentukan ummah Islam di masa akan datang.

Sebahagian pelajar yang terlibat dalam Konvokesyen Murid TIPs JAIPs di Dewan Warisan Kangar.

Pendidikan Islam merupakan satu proses mengajar manusia membentuk serta melatih dalam pelbagai bidang seperti fizikal, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan anak-anak yang sempurna, beriman, berakhlak mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya.

“Majlis ini juga berupaya meningkatkan motivasi dan menyuntik semangat murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan peringkat rendah yang lebih mencabar pada tahun akan datang,” ujar beliau lagi.

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Tokoh Murid kepada 16 pelajar cemerlang.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyempurnakan perasmian Konvokesyen Murid TIPs JAIPs di Dewan Warisan Kangar.

Setiap pelajar menerima hadiah berupa beg sekolah dan wang tunai serta sijil Prasekolah. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button