Hiburan

Hawa Rizwana berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu serta hati ramai jejaka

Personaliti media sosial dan juruhebah radio, Hawa Rizwana berkongsi foto bahawa dia sedang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

Malah bukan itu sahaja, perkongsian Hawa itu secara tidak langsung berjaya menawan hati ramai jejaka yang kagum dengan ketahanannya.

Zainal Carey menulis komen, bukan senang untuk sampai ke puncak jika tidak ‘fit’ dan persiapkan diri dengan latihan tertentu.

“Tetapi Hawa dah buktikan yang dia bukan sahaja cantik dan muda tetapi memiliki daya tahan yang luar biasa untuk sampai ke puncak,” katanya Zainal.

Sementara itu, Rosilah Abu Nawab menulis, dia cemburu melihat keupayaan Hawa yang mampu menawan puncak Gunung Kinabalu itu.

“Kalau akak dik, belum sempat sampai puncak, anak dah menangis nak minta susu. Suami pula, kalau ajak memancing, baru dia laju,” katanya.

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button