Nasional

UMNO Bahagian Tangga Batu kibar Jalur Gemilang terpanjang di Melaka

Pemasangan Jalur Gemilang berjumlah 2,000 helai berjaya direntangkan sejauh 3.4 kilometer (km) dari jalan pantai Kota Laksamana ke Klebang menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, Jalur Gemilang yang terpanjang itu dijahit selama enam hari adalah hasil sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli di bahagian itu.

Menurutnya, seramai 240 ahli parti di empat buah Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Pantai Kundor, Sungai Udang dan Paya Rumput telah beratur sambil merentangkan Jalur Gemilang sepanjang laluan 3.4km itu.

“Tujuan menganjurkan pemasangan Jalur Gemilang ini untuk melahirkan rasa rasa kecintaan, rasa penghormatan kita sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.

“Hari ini saya lihat ramai rakan-rakan di Parlimen Tangga Batu yang hadir dan teruja merentangkan Jalur Gemilang.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu mula merentangkan Jalur Gemilang terpanjang di Melaka sepanjang laluan jalan pantai dari Kota Laksamana ke Klebang, Melaka.

“Ini kerana dua tahun lalu kita tidak dapat menganjurkan sebarang aktiviti menyambut kemerdekaan disebabkan negara dilanda pandemik Covid-19,” ujarnya dalam sidang akhbar di Klebang di sini hari ini.

Hampir dua jam masa diambil untuk merentangkan Jalur Gemilang yang terpanjang bermula pukul 5.30 petang sehingga 7.30 malam hingga menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui laluan
tersebut.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berkata, seluruh rakyat harus melahirkan rasa kesyukuran agar negara terus dipelihara daripada sebarang keadaan yang tidak menentu yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Menurutnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang memberikan kerjasama merealisasikan program berkenaan. – SM

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button