Politik

Isham Jalil minta pimpinan Pas jawab soalan rakyat berhubung sedekah pilihan raya

PARA pimpinan Pas dinasihatkan untuk menjawab persoalan rakyat mengenai dakwaan mereka merasuah pengundi dan salah guna dana kerajaan sewaktu berkuasa.

Ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menempelaknya seolah-olah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil adalah jurucakap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata Isham, rakyat ingin tahu berkenaan penggunaan dana kerajaan berbilion ringgit termasuk rundingan terus projek tebatan banjir RM15 bilion semasa beliau menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) serta berkenaan kes rasuah pengundi yang dibuat oleh Perikatan Nasional (PN).

Menurut Isham, isu ini telah dibangkitkan beberapa minggu sebelum SPRM bertindak membekukan akaun rakan gabungan mereka iaitu PPBM.

“Saya telah bawa isu ini beberapa minggu sebelum SPRM bekukan akaun kawan YB iaitu parti PPBM lagi.

“Nasihat saya ialah, apabila rakyat tanya berkenaan isu rasuah pengundi dan salahguna dana kerajaan ini, YB perlu jawab segera,” katanya di Facebook.

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button