Politik

DUN: BN Perlis kekal 10 calon, lima muka baharu

BARISAN Nasional (BN) Perlis baharu sahaja selesai mengumumkan 10 calon Dewan Undangan Negeri (DUN)nya kekal manakala lima lagi muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Azlan Man di Kompleks DUN malam ini.

Azlan Man juga kekal bertanding di DUN Bintong.

Calon lain yang kekal adalah Teh Chai Ann (Titi Tinggi), Rozaini Rais (Beseri), Asmaiza Ahmad (Chuping), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer), Azizan Sulaiman (Santan), Hamizan Hassan (Kayang), Tambun Tulang (Datuk Ismail Kassim), Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat).

Manakala Rozieana Ahmad pula bertukar kerusi dari DUN Pauh ke DUN Guar Sanji.

Calon muka baharu adalah
Syed Atif Syed Abu Bakar DUN Pauh, Saiful Danial Mohd Yusof (Sena), Lim Weng Khee (Indera Kayangan), Kamaruddin Malek (Kuala Perlis) dan Saipudin Ahmad (Sanglang). – SM

 

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button