Nasional

60 pelajar Kolej Komuniti Miri terima Bakul RAHMAH

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bakul RAHMAH kepada 60 pelajar Kolej Komuniti Miri, Sarawak.

Penyerahan Bakul RAHMAH berjumlah RM 5,000 dan sumbangan Bakul RAHMAH ini dijayakan oleh beberapa badan berkanun dan sukarela termasuklah Yayasan Persatuan Islam Malaysia (Yapeim), Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Shell Miri, Palmer SDN BHD, Upmills SDN BHD, Everise Supermarket dan Pioneer Trading SDN BHD.

Antara sumbangan yang diserahkan adalah berupa barangan keperluan asas dan harian yang terdiri daripada Beras 5kg, minyak Masak 2kg, Biskut, Mihun, Gula, Tepung, Milo, Kicap, Sardin, Mi Sedap dan juga Teh.

“Sejak 11 Januari lalu, KPDN telah memperkenalkan Bakul RAHMAH sebagai salah satu program utama bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat di seluruh negara.

“Objektif utama pelaksanaan RAHMAH adalah untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

“Mekanisme pelaksanaan Bakul RAHMAH ini adalah secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan tidak mempunyai sebarang peruntukan daripada Kementerian mahupun Kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengagihan Bakul RAHMAH ini telah dilaksanakan bersama Rakan Strategik, Pasar raya dan juga Pemain Industri.

“Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama Kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Program Bakul RAHMAH ini,” katanya. – SM

BACA Payung Rahmah memayungi rakyat, golongan B40

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button