Politik

Tiada pelantikan TPM

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan melantik timbalannya.

Dalam satu kenyataan ringkas, PMO menegaskan laporan tersebut sebagai khabar angin.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menafikan dakwaan bahawa Muhyiddin sedang menjalani rawatan akibat penyakit kanser.

Jelasnya, khabar angin tersebut berniat jahat dan Muhyiddin telahpun sembuh sepenuhnya daripada penyakit kanser.

“Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau,” katanya.-SM

 

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button