Nasional

Mohd Zuki lapor diri hari pertama di pejabat KSN

KETUA Setiausaha Negara (KSN) baharu Datuk Seri Mohd Zuki Ali melapor diri di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Mohd Zaki, 58, dilantik sebagai KSN ke-15 berkuat kuasa 1 Januari 2020 menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Zaki juga mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir menyampaikan watikah pelantikan sebagai KSN kepada Mohd Zuki dan menyaksikan penyerahan nota serah tugas daripada Ismail kepada KSN baharu itu.

Mohd Zuki yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun.

Sebelum pelantikan terkini, Mohd Zuki ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.- BERNAMA

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button