Politik

Harapan atau solusi, pilihan pengundi

Orang politik berusaha untuk paparkan mereka tidak main politik.

Orang politik berusaha untuk paparkan mereka ikhlas berpolitik.

Cuba tengok manifesto parti bertanding #PRU15.

PH – Kita Boleh
BN – Kestabilan Kemakmuran
PN – Bersih Stabil

PH atau Pakatan Harapan menebar harapan. Kita boleh? Boleh apa?
Tapi itulah harapan. Kita boleh isi saja apa yang kita harapkan.
Mahu kerajaan bersih; boleh. Kerajaan stabil; boleh.
Manusia hidup dan meneruskan kehidupan kerana harapan, tanpa harapan kita akan putus asa.

BN dan PN menawarkan solusi yang lebih menjurus.

Masalahnya BN sendiri tidak stabil dan makmur sejak calon PRU diumumkan, bagaimana mereka mahu menunaikan janji berkenaan.

PN lebih bernasib baik kerana lebih stabil dan kelihatan bersih.

Sabtu ini kita akan lihat sama ada majoriti rakyat negara ini memilih harapan atau solusi.

Lagipun manifesto bukan kitab suci.

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button