Nasionalpilihan

Tiada laporan berkaitan kes penyelewangan, salah guna kuasa 3 pegawai SPRM

POLIS mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung isu viral mengenai pegawai kanan SPRM direman kerana mencuri barang kes wang tunai berjumlah RM25 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin mengesahkan bahawa sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular satu laporan di sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari berkaitan kes kecurian wang tunai milik seorang wanita bergelar Datuk.

Penyelewangan kuasa itu melibatkan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Terdahulu, SPRM juga mengesahkan pihaknya telah menahan tiga pegawainya berhubung kes penyelewengan dan salah guna kuasa.-SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button