Nasional

Andy Razeydan Terima Anugerah Khas Kepimpinan (Dr) Sani Araby

TOKOH kesukarelawanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), (Dr) Ahmad Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby melahirkan kegembiraan dapat meluangkan masa menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Khas Kepimpinan (Dr) Sani Araby semalam sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-25 yang berlangsung semalam hingga 29 November.

Beliau berkata anugerah yang bermula pada tahun 2018 itu, tahun ini dianugerahkan kepada Andy Razeydan Sahibu, 24, graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kejurulatihan) yang berasal dari Sabah.

(Dr) Ahmad Sany menyampaikan sijil Anugerah Khas Kepimpinan (Dr) Sani Araby kepada Andy Razeydan di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

“Walaupun padat dengan jadual, saya sempat memenuhi jemputan pihak UPSI untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini untuk tahun ke-6 kepada graduan unggul yang dipilih melalui penilaian fakulti, temuduga serta mendapat perkenan Senat sebelum berjaya dinobat semasa Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-25 semalam.

Beliau berkata antara aspek utama yang diambil kira adalah kepimpinan, ketokohan serta elemen kemasyarakatan yang dizahirkan oleh graduan unggul berkenaan yang membawa pulang Sijil, Selendang, Wang Tunai RM1,000 dan juga Trofi.

“Semoga usaha kerdil saya untuk menaikkan nilai kepimpinan dan kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa ini akan membakar semangat dan bulat tekad generasi harapan negara menjadi pemimpin negara satu masa nanti,” katanya.

Andy Razeydan yang juga anak kelima daripada enam beradik berkata dia sangat gembira dan berterima kasih buat ibu dan ayah yang selalu mendoakan yang terbaik.

“Terima kasih juga buat semua pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) yang memberi peluang dan ruang serta tunjuk ajar kepada saya selain sahabat seperjuangan dalam Team FSSK Responsive Team dan ResQ Team UPSI yang selalu bersama menjalankan program.

Andy Razeydan tidak menyangka terpilih menerima anugerah ini kerana dia perlu melalui proses tapisan dan temuduga.

“Semua ditemuduga oleh orang-orang hebat, tapi saya yakin sepenuhnya berikutan pencapaian yang saya perolehi.

Katanya, itu adalah satu permulaan baginya dan tidak akan berhenti dalam aktiviti kesukarelawanan selepas ini. -SM

Baca : UPSI globalkan daerah Muallim

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button