NegeriRencah HidupSukan

KGP Perlis rancakkan pelancongan sukan sempena TMPs 2024-2025

KELAB Golf Putra (KGP) Perlis turut memainkan peranan bagi merancak sektor pelancongan sukan di negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Berikutan itu, beberapa kejohanan melibatkan para pemain dari dalam dan juga luar negeri telah dirancang di sepanjang tahun ini.

Antara yang bakal dilaksanakan termasuklah Royal Perlis Celebration Golf 2024, Perlis Amateur Open serta Kejohanan Golf Piala Kapten.

Kejohanan Piala Menteri Besar, Pertandingan merebut Piala Ketua-Ketua Jabatan Perlis serta Pertandingan Golf anjuran bersama dengan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) sempena Aidilfitri pula masih dalam perancangan di peringkat kelab.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari dan Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat baru-baru ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Presiden KGP Perlis dan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, pihak Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) juga sedang mempertimbangkan untuk menganjurkan satu pertandingan melibatkan warga Askar Wataniah dari seluruh negara pada Jun nanti.

Terdahulu daripada itu Raja dan Raja Muda meluangkan masa melawat kandang rusa yang dibela di dalam kawasan kelab tersebut. – SM

BACA Perbanyak lokasi pelancongan secara digital, online, papan tanda

BACA Perlis sokong program pelancongan komuniti tempatan – Raja Muda

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button