GajetUlasan

Tiada lagi fungsi “Check-Out” dalam MySejahtera, digantikan dengan “MySJ Trace”

APLIKASI pengesanan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, MySejahtera, bakal menawarkan kemas kini baharu yang akan memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace). Fungsi tersebut menggunakan hubungan Bluetooth dan membenarkan penjejakan kontak (contact tracing) yang lebih mudah untuk mengesan individu positif COVID-19.

Selain itu, MySJ Trace juga akan menggantikan fungsi Daftar Keluar (Check-Out) sewaktu pengguna ingin keluar daripada premis. MySJ Trace akan memberi maklumat tentang interaksi dengan pengguna lain secara langsung (live).

Dalam satu ciapan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kemas kini tersebut telah pun dihantar ke platform Google, Apple dan HUAWEI.

https://twitter.com/Khairykj/status/1474929081665810435?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1474929081665810435%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fbm.technave.com%2Ffungsi-check-out-dalam-mysejahtera-dipadam-digantikan-dengan-mysejahtera-trace-51702

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan bahawa MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS) untuk mengawal penularan COVID-19. Jika seseorang itu disahkan positif COVID-19, notifikasi akan diberikan melalui MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan.

Perlu diingati bahawa ini tidak bermakna MySejahtera mempunyai kebenaran untuk mengumpul data peribadi pengguna. MySJ Trace berfungsi dengan nombor ID unik Anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul sebaran data peribadi atau geo-lokasi.

Selain itu, data yang boleh diakses oleh Kementerian Kesihatan dalam MySJ Trace hanya disimpan dalam peranti selama 14 hari. – SM

 

(Visited 743 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button