Politik

Tiada lagi bayaran insentif angkat najis dalam sektor awam

KUALA LUMPUR – Bayaran insentif angkat najis antara sembilan elaun dimansuhkan kerajaan pada tahun depan.

Pemansuhan elaun tersebut dibuat kerana tidak lagi  releven dan berdasarkan rekod maklumat tiada lagi pegawai dibayar elaun berkenaan.

Turut dimansuhkan adalah bayaran insentif menaip Jawi, elaun keraian kepada setiausaha sulit dan setiausaha sulit kanan, elaun khas penolong pemungut hasil tanah, elaun operator generator elektrik, elaun penyelia bilik taip, elau tilikan trigonometric  observation, insentig profisensi bahasa Inggeris dan bayaran insentif perkhidmatan kritikal.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam itu dikongsi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini.

“Selain elaun perkhidmatan kritikal, elaun-elaun yang turut dimansuhkan kerajaan PH bermula tahun depan adalah seperti dalam senarai. PH kata elaun-elaun ini tak relevan lagi.

“Rasanya elaun angkat najis tak perlu lagi selepas PH melancarkan apps cari tandas MyWC. Yang lain, saya kurang pasti kenapa dimansuhkan,” kata Najib.

Bagaimanapun mengikut pekeliling itu, “Sekiranya masih ada pegawai yang melaksanakan tugas yang melayakkan pemberian elaun seperti di subperenggan 8.1 hingga 8.8 sebelum tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam boleh memberi kelulusan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk pegawai berkenaan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.”

Sebelum ini Najib mendedahkan, elaun untuk 33 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) penjawat awam bertaraf kontrak juga dimansuhkan bagi semua lantikan baru bermula 1 Januari 2020.

“Mungkin tidak lagi kritikal untuk kerajaan mengambil pensyarah perubatan, doktor atau jururawat baru berkhidmat di klinik dan hospital awam kot.

“Klinik swasta dibenarkan naik caj berganda tetapi dalam perkhidmatan kritikal awam dimansuhkan pula.

“Saya harap tidak akan berlakunya keadaan di mana klinik dan hospital kerajaan tak cukup doktor atau jururawat dan rakyat terpaksa melawat klinik serta hospital swasta yang telah dinaikkan caj.

“Rakyat suruh kamu mansuhkan tol dan PTPTN, korang mansuhkan jawatan berpencen, bantuan dan elaun Rakyat pulak!” kata Najib.- SM

 

 

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button