Nasional

KKDW salur RM400K, bina semula jambatan dan jeti Pulau Pababag

Gara-gara jambatan dan jeti Pulau Pababag runtuh sehingga merisiko beberapa nyawa guru serta pelajar, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tampil dengan peruntukan sebanyak RM400,000.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag itu sudah diserahkan.

“Difahamkan pada ketika itu, terdapat 35 orang murid sekolah dan dua orang guru dari kampung sekitar yang baru tiba di jeti untuk ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pababag sekitar jam 6.20 pagi.

“Berikutan kejadian itu, saya telah mengarahkan pihak KKDW untuk  menghubungi Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan sama, Ahmad Zahid berharap agar pembinaan jambatan dan jeti berkenaan dapat dilaksanakan dengan  kadar segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid tadika kemas ke sekolah selain penduduk kampung yang terjejas aktiviti harian akibat jambatan dan jeti yang sudah runtuh.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button