Politik

Lain dibincang, lain dirumuskan Zahid

Para pemimpin UMNO melahirkan kebimbangan dengan sikap presiden sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan ahli parti dan orang ramai.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi beliau di hubungi beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang menyatakan kenyataan media presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MKT.

“Tinjauan lanjut menyatakan apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal, sebelum MKT bermesyuarat.Jika benar, ternyata sekali lagi MKT dipermainkan, dan ini amat serius.

“Pagi ini, apabila saya menjenguk WhatsApp Group ketua ketua UMNO bahagian, ramai yang mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden UMNO.Terdapat juga ketua bahagian yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT,” kata Annuar dalam kenyataan media hari ini .

Justeru itu beliau mempersoalkan mengapakah ini terus terjadi berkali kali iaitu lain dibincang, lain pula dirumuskan.

Menurut beliau 25 ahli MKT telah bercakap, dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberi pendapat.

Tambah beliau, jelas banyak pendapat yg berbeza dan tiada kata putus yang ketara.

“Tiada undian di buat. Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan PN, seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MKT.

“Dalam kata lain,Presiden UMNO wajib menjelaskan kedudukan sebenar. Segera keluar kenyataan yang benar. Lambat laun, kedudukan sebenar akan terserlah jua.Tak baik bagi parti kita,” katanya.

(Visited 981 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button