NasionalUncategorized

Tiada keperluan warga asing masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati tiada keperluan untuk warga asing masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) kerana urusan pembelian dilakukan secara borong dan bukan runcit.

DBKL dalam kenyataannya berkata, jika mereka ingin membeli barangan keperluan hari, mereka boleh mendapatkannya di pasar-pasar lain seperti pasar harian Selayang atau kedai runcit berhampiran.

“Kemasukan ke warga asing ke PBKL dilakukan memandangkan punca penyebaran virus itu berpunca daripada golongan tersebut.

“PBKL sebelum ini sudah dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi yang kluster pasar borong Covid-19.

BACA> Pengambilan pekerja asing dibekukan hingga hujung tahun

“PBKL juga telah beberapa kali ditutup bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dan ini telah menjejaskan aktiviti perniagaan di ibu negara apabila bekalan tersekat.

“Pelbagai langkah, tindakan dan pemantauan telah mula dilaksanakan DBKL untuk memastikan premis terlibat bebas daripada Covid-19,” katanya.

Menurutnya lagi, DBKL juga telah memperkasakan UUK 16 – Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur) 2002 dan memaklumkan bahawa tiada lagi pekerja asing akan terlibat dalam sektor tersebut.

Jelasnya, selaras dengan itu, pekerja warga asing adalah tidak dibenarkan sama sekali bekerja di PBKL dan pekerja yang sah serta berdaftar dengan syarikat pembekal sahaja dibenarkan masuk.

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) juga tidak dibenarkan masuk ke PBKL.

“Jika pemegang kad UNHCR membeli dengan kadar yang banyak, dikhuatiri mereka akan membuat jualan secara haram di tempat lain sama ada kepada pihak lain atau orang Rohingya dan Myanmar.

“Mengikut rekod, sebanyak 12 tindakan sita telah dilakukan ke atas pemegang kad ini kerana menjalankan peniagaan secara haram di sekitar PBKL dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

BACA> K’jaan bertindak ke atas majikan tidak salur subsidi upah – Zafrul

Menurutnya, kawalan terhadap warga asing untuk memasuki PBKL ini adalah untuk menangkis persepsi awam bahawa ianya masih dikuasaati oleh mereka.

Tambahnya, hanya pelesen dan pekerja yang mempunyai pas pelesen/pekerja sahaja yang dibenarkan masuk ke PBKL dalam memastikan pasar itu bebas daripada warga asing. -SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button