Luar Negara

COVID-19: Angka kematian seluruh dunia lebih 512,000

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik Johns Hopkins University seperti mana dilaporkan oleh ASTRO AWANI, jumlah kumulatif kematian di peringkat global kini sebanyak 512,331 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 127,000 kes. Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 59,000 dan 43,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut. Mexico pula merekodkan 27,000 kematian.

Sementara itu, kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat. Data terbaru Johns Hopkins University memaklumkan, jangkitan kini mencecah 10,644,064 kes setakat pagi semalam (Khamis) waktu Malaysia.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.7 juta kes. Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.4 juta kes. Jangkitan di Rusia pula melepasi 653,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 585,000 kes dan United Kingdom dengan 314,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 jangkitan ialah Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button