Nasional

Tiada Kaitan Dengan Perairan Negara, 528 Tahanan Etnik Rohingya Sedikit Sahaja!

Kenapa nak kecoh sangat dengan jumlah 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang?

Jumlah mereka cuma sedikit dan kalau mereka beranak-pinak sekali pun, tiada sebarang isu besar pun kerana anak mereka cuma dilahirkan di Malaysia.

Katakanlah anaknya itu terperangkap sampai 10 hingga 20 tahun, anaknya cuma dikira terperangkap dan sudah bermaustatin di Tanah Melayu sahaja.

Jangan risau.. negara kita ada undang-undang, apabila mana-mana di antara mereka layak bergelar pemaustatin, mereka boleh memohon kerakyatan.

Kalau projek kad pengenalan boleh diberikan kepada warganegara China yang masuk secara haram ke Malaysia, setakat mereka ini apalah sangat?

@suaramerdekamy

Rakyat Malaysia ok jer generasi mereka membiak, nanti dapat kerakyatan, boleh calonkan diri jadi Menteri, Ahli Parlimen atau jadi duta Malaysia!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Bukannya orang dalam yang bekerja dalam sektor tertentu dan pemain sistem bagi industri tertentu nak kena cekup, pastilah mereka akan buat kerja baik-baik.

Lagi pun inilah Malaysia.. ketuanan Melayu memang suka Tanah Melayu ini diduduki lebih ramai anak-anak tiri lain mak, lain ayah, yang tak kenal pun boleh duduk sekali.

Dalam masa sama, rakyat Malaysia pun gembira dapat bayangkan suatu hari nanti tiada yang mustahil menteri kita, ahli Parlimen kita, boleh didominasi warga pasca-sejarah.

Tak payah nak pelik sangatlah.. tiada apa-apa pun yang mustahil, Perlembagaan Persekutuan kita mungkin cuma atas kerja, apabila dalam realiti sebenar, yang berduit tetap menang!

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button