Nasional

Tiada Hiburan Lewat Malam, Ini Sejarah Putrajaya Digelar Sisi Rukun Hajarulaswad

Mungkin generasi hari ini tidak tahu bahawa Putrajaya dibangunkan dengan sisi rukun hajarulaswad.

Antara buktinya, Putrajaya adalah kota pentadbiran islam bagi Melayu Raya yang tidak membenarkan aktiviti pusat hiburan larut malam serta aktiviti perjudian.

Bahkan di Putrajaya juga terbinanya pusat percetakan mushaf Al-Quran bertaraf dunia serta sering menjadi perhatian dan kunjungan orang ramai.

Putrajaya dibina dengan hasrat mengembalikan kegemilangan era Kesultanan Melayu Melaka, kerana ia tidak sempat direalisasi oleh empayar Johor-Riau.

Maka tidak hairanlah Putrajaya tersergam megah sebagai pusat pentadbiran Tanah Melayu atau nama modennya, Malaysia pada hari ini.

Putrajaya berjaya direalisasikan selepas 40 tahun daripada tarikh 31 Ogos 1957 sekali gus membuktikan orang Melayu masih mampu membina tamadunnya.

Namun demikian, pengharapannya mungkin sedikit mengecewakan apabila rakyat lebih memandang permasalahan dalam kalangan ahli politik.

Sedangkan nilai pembentukan Putrajaya itu jauh lebih besar dan memberi mesej tersendiri bahawa orang Melayu jangan dicabar gugat.

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button