Nasional

Awas, sembilan sungai di empat negeri lepasi paras bahaya

PENDUDUK di empat negeri diminta berhati-hati kerana paras di sembilan sungai di empat negeri tersebut, iaitu Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, melepasi paras bahaya setakat pukul4.15 petang tadi.

Daripada maklumat Portal Public InfoBanjirJabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Pahang, empat di Johor, dua di Melaka (dua) dan satu di Negeri Sembilan  berada pada peringkat amaran merah.

Bagaimanapun, tujuh daripada sembilan sungai itu menunjukkan penurunan dan dua lagi tiada mencatat perubahan aras air.

Di Pahang, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencecah 16.31 meter (m), melebihi paras bahaya 14.9m dan masih meningkat, manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatat 32.66m (paras bahaya 30.5m) tetapi sedang menurun.

Di Johor, empat sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar (2.47m, paras bahaya 2.35m); Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, (6.34m, paras bahaya 6m); Sungai Segamat di Segamat (9.34m, paras bahaya 9.14m); dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.2m, paras bahaya 4m).

Di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Pekan Rompin melepasi paras bahaya 33m dengan bacaan terkini direkodkan pada 34.08m tetapi menunjukkan pola menurun.

Di Terengganu, Sungai Nerus di Kampung Langkap dekat Setiu menunjukkan pola menaik dengan mencecah 21.11m (paras bahaya 21m).

Di Melaka, dua sungai melepasi paras bahaya ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.72m, paras bahaya 3.7m) dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (2.59m, paras bahaya 2m).

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button