Nasional

Tiada bukti vaksin tidak berkesan kepada varian baharu Covid-19

VARIAN baharu Koronavirus (Covid-19) yang muncul pada pertengahan September lalu di London, England belum dibuktikan kebal daripada vaksin.

Walau bagaimanapun, varian baharu itu dilaporkan mempunyai kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding varian lebih awal dengan peningkatan sebanyak (R-naught) sebanyak 0.4.

Namun, varian itu dilaporkan masih belum dibutkikan memberi kesan lebih buruk kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Perubahan atau revolusi virus itu dikesan menerusi perubahan protein pepaku (spike protein) yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel manusia sebelum memasukinya.

“Analisis awal mendapati varian ini 70 peratus lebih mudah merebak daripada varian lama.

“Setakat ini, belum ada bukti yang menunjukkan vaksin yang dihasilkan kini tidak berkesan terhadap varian baru virus COVID-19.

“Malah, tiada bukti yang menunjukkan varian yang dikenali sebagai ‘VUI – 202012/01’ ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.

“Mutasi pada virus adalah sesuatu yang dijangka dengan kadar mutasi bagi virus COVID-19 adalah sekitar satu hingga dua mutasi sebulan secara global.

“Tetapi apa yang lebih penting, mutasi ini dikesan awal supaya risikonya dapat difahami dengan cepat.”

Jelas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan mengenai varian baharu Covid-19 dan keberkesanan vaksin terhadapnya serta komplikasi terhadap pesakit.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan dalam kebolehjangkitannya apabila satu laporan menyatakan kadarnya pada 9 Disember lalu adalah 62 peratus.

Kadar tersebut adalah lebih tinggi berbanding 28 peratus pada tiga minggu lepas.

“Ini menyumbang kepada peningkatan dua kali ganda kadar kebolehjangkitan berbanding minggu lepas.

“Penyelidik juga percaya varian baharu ini telah merebak ke negara lain tetapi masih perlukan kajian bagi mengesahkannya.

“Sebelum ini, varian D614G pernah mencetuskan gelombang kedua dan gelombang ketiga di negara ini. Varian ini mempunyai persamaan dengan varian yang dikesan di India, Filipina dan Indonesia,” katanya. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button