Politik

Tiada beza Zahid dan Anwar heret rakyat ke jalanan, Zahid heret ahli UMNO ke Dewan Merdeka untuk agenda peribadi

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dihidangkan dengan beberapa siri drama air mata.

Jika dinilai dari luaran, ya drama politik itu agak bagus lakonannya. Apa susah, “recycle” kan sahaja skrip dan lakonan lapuk cikgunya Anwar Ibrahim.

Pasti, adalah yang simpati kerana sebagai rakyat Malaysia yang penuh tertib, gerenti drama air mata memberi kesan kepada sebilangan kecil pengikutnya.

Kesinambungan drama siri itu diterjemahkan ke Dewan Merdeka siang tadi. Dalam rakyat dihimpit kesusahan, nak makan pun susah, ribuan ahli-ahli UMNO dari seluruh pelusok negara dikerah hadir mendengar taklimat basi Presiden Parti UMNO.

Yang menariknya Poster Najib digunakan sebagai props sedih siri drama hari ini. Nampaknya drama Zahid benar-benar menjadi walaupun intipati ucapannya sama kerana ia digemburkan di waktu yang tepat.

Zahid Hamidi sekali lagi berjaya mengaburi mata ahli-ahlinya serta mengalih perhatian umum dari isu sebenar. Yang dicanang kepada akar umbi adalah supaya pilihanraya dipercepatkan.

Takkan lah sebagai Presiden Parti tak boleh berbisik di kamar sebelah untuk bincang hal PRU? Ini tidak, terpekik separuh mati kerana isu sama.

Umum tahu PRU akan berlaku bila-bila masa. Namun yang benarnya, bukan itu yang ditakutkan oleh Zahid. Apabila Najib sudah ke penjara, Zahid sendiri tak boleh duduk diam.

Tidur tak lena kerana sudah buntu dengan kes Mahkamahnya yang “clear cut” ke penjara sudahnya.
Sedar atau tidak, sejak Zahid memegang tampuk Presiden, UMNO seakan sudah hilang taringnya.

Malam ini keputusan begitu, esok pagi keputusan berubah pula. Mengapa begitu ? Kerana dek kesnya di mahkamah, Zahid Hamidi dah tak mampu berfikir waras.

Jika perlu pecah belahkan UMNO jalan terbaik maka beliau sanggup melakukannya. Lihatlah kejadian tadi, beliau memperkudakan ahli-ahli UMNO demi kelangsungan politik beliau sahaja.

Sebetulnya UMNO perlu diterajui oleh seorang Presiden lebih layak dan bukannya Zahid yang mengaku berguru dengan pemimpin lawan UMNO.

Sebagai ahli UMNO adakah, anda sanggup memperjudikan maruah parti kerana Presiden UMNO yang terpalit dengan rasuah dan salah laku? Tepuk dada tanyalah keinginan rakyat.

UMNO perlu menang PRU kerana merit, UMNO perlu menang PRU kerana rakyat.

Ya bergema Dewan Merdeka dengan ejekan, cemuhan “booo” apabila nama Ismail Sabri dipetik. Wahhhh galak sungguh memalukan seorang Perdana Menteri daripada parti sendiri.

Sedar atau tidak, mengikut merit, setahun Kerajaan Malaysia diterajui oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri, pencapaian beliau agak baik dari sokongan politik.

Dari peralihan kuasa yang begitu harmoni membabitkan Muhyiddin kepada Ismail Sabri, hinggalah kepada sokongan dan MOU bersama pembangkang.

Pencapaian Ismail Sabri di luar jangka. Pada 21 Ogos 2021 = 114 menyokong + MoU bersama pembangkang 21 Ogos 2022 = 117 menyokong.

Dalam senyum, beliau berjaya menambah sokongan iaitu Kerajaan 117, dan pembangkang 103 menjadikan jumlah keseluruhan 220.

Maka dengan pencapaian inilah, Zahid mandi tak basah, bimbang beliau sebagai Presiden akan disisih oleh ahli UMNO.

Jika bukan kerana beliau yang tandatangan watikah pelantikan calon, gamaknya hari ini Dewan Merdeka sunyi.

Apa pun, sebagai rakyat Malaysia yang matang, usah kita ikut mundur pemikiran seperti beliau. Berlapang dada, bekerja untuk rakyat, demi negara Malaysia tercinta.

Pencinta UMNO & MELAYU

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button