BeritaPolitik

Sindiran Mahfuz makan diri

SEORANG pemimpin seharusnya menjaga tutur kata dan tingkah laku kerana setiap perbuatan mereka akan sentiasa dinilai rakyat kebanyakan.

Sikap ditunjukkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dalam ruangan komen Facebook dipercayai miliknya yang bernada sinis berhubung kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pokok Sena memakan diri.

Apa yang pasti, komen tersebut telah mengundang ‘kemarahan’ netizen.

Walaupun Pokok Sena adalah kawasan Parlimen yang diwakili Mahfuz, namun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara teguran tersebut.

Komen Ahli Parlimen Pokok Sena yang
menerima kritikan balas netizen itu berbunyi:

“La mai Pokok Sena ka. tak tau pun. Apapun terima kasih la mai menghibur orang Pokok Sena. lama dah badud (badut) sarkas tak mai main sarkas kut Pokok Sena. tkasih (terima kasih) la Datuk Seri mai, dapat juga sarkas free.”

Dalam keterangannya, bekas Perdana Menteri memaklumkan beliau berada di kawasan tersebut untuk bersarapan bersama penduduk.

Salah seorang netizen, Mohd. Yusof Abdul Wahid membalas kata-kata Mahfuz, “seorang pemimpin mulut celupar macam lahaxxx…begini ke yg (yang) org (orang) Kedah suka sgt (sangat).”

Haniff haniff fc berkata, “kesian nk (nak) jd (jadi) yb tp (tapi) hati tisu..org dtg (datang) minum sna (sana) pn (pun) nk (nak) pggil (panggil) badut..apa ingt (ingat) kat sana tu hang punya ka..bru jd (jadi) yb dh (dah) blagak (berlagak).”

Laila Adra pula membalas, “bahasa hang tu tanda hang koyak sgt (sangat) hahaha bukan PH (Pakaran Harapan) kalau tak emosi merentan.”

Seorang lagi netizen, Fikri Yeen berkata, “hang yang badut guling atas jalan.”

Sebagai wakil kerajaan bertaraf timbalan menteri, Mahfuz sewajarnya tidak terikut-ikut memberi kenyataan yang dianggap menghina orang lain.

Apa yang harus diberi perhatian sebenarnya ialah melaksanakan amanah rakyat sebaik mungkin.

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button