Luar Negara

Thailand catat lebih 5,000 kes varian Omicron

THAILAND berperang dengan kes varian Omicron yang mudah berjangkit apabila mencatat 5,397 kes daripada 77 wilayahnya setakat hari ini.

Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr. Sumanee Watcharasin berkata, sejak 1 November lalu, varian Omicron menyumbang 35.17% kes baharu Covid-19.

Beliau berkata, Bangkok mendahului senarai 1,820 kes Omicron diikuti Chonburi 521 kes dan Phuket 288 kes.

Semalam, beliau berkata, varian Delta masih merupakan strain Covid-19 yang dominan di Thailand.

“Ia menyumbang 64.71% manakala Alpha dan Beta masing-masing menyumbang 0.01% dan 0.03%,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Data oleh Jabatan Kawalan Penyakit menunjukkan varian Omicron adalah varian Covid-19 yang dominan dalam seminggu antara 2 Januari sehingga 8 Januari lalu, menyumbang 70.3% kes baharu manakala Delta menyumbang 29.7% dalam tempoh yang sama.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand melaporkan 7,926 kes baharu Covid-19 termasuk 412 kes import dan 13 kematian.

Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 2,277,476 kes dan 21,838 kematian, setakat ini.

Dr. Sumanee berkata, 412 kes import termasuk 398 pelancong yang masuk melalui program tanpa kuarantin “Test & Go” dan “Sandbox”.

“Sebanyak 13 kematian baharu melibatkan sembilan wanita dan empat lelaki berumur antara 30 dan 89 tahun dengan 10 daripadanya tidak divaksin atau hanya menerima satu dos vaksin” ujar beliau.

Sementara itu, Thailand merancang mempergiat lagi program ujiannya bagi mengesan kes Covid-19 untuk membendung kes Omicron dalam negara, kata jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana.

Beliau berkata, ujian proaktif dan mengasingkan pesakit Covid-19 akan membendung penularan virus itu.

“Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi dan jabatan berkaitan untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron,” katanya. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button