Sukan

Tewaskan Thailand, Harimau Malaya hidupkan kembali peluang

https://youtu.be/zq83Ea3_z8E

BERJAYA menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, Harimau Malaya kembali menghidupkan peluang dalam persaingan pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia 2022.

Ketinggalan 1-0 seawal minit ketujuh hasil jaringan Chanatip Songkrasin, pasukan negara bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Brendan Gan menerusi leretan oleh Syamer Kutty pada minit ke-26.

Itu merupakan jaringan pertama Brendan untuk pasukan negara.

Pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh memastikan Harimau Malaya kembali bernafas dalam saingan pusingan kelayakan ini melalui volley cantik di  minit ke-56  hasil umpanan Brendan untuk memastikan Malaysia memungut mata penuh di Bukit Jalil.

Malaysia dijadualkan menentang Indonesia pada 19 November ini.- SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button