Politik

Berhenti tunggang istana – Raja Petra

Raja Petra Kamarudin menempelak pemimpin politik yang menunggang istana untuk menggambarkan pembentukan kerajaan dewasa ini atas kehendak Yang di-Pertuan Agong.

Raja Petra dalam wawancara dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo secara langsung di Tiktok berkata, tindakan itu hanya memburukkan nama baik institusi diraja.

Apabila kerajaan yang ada buruk prestasinya, kata beliau, ia akan menyebabkan pihak istana dipersalahkan kerana memilih kerajaan yang tidak tahu mentadbir negara.

Raja Petra yang merupakan kerabat istana Selangor berkata, beliau sangat sensitif dengan isu ini kerana ia mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja keseluruhan.

Beliau juga berkata, kerajaan ini boleh tumbang kerana Agong hanya melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri minoriti.

Jika Agong, kata beliau, menitahkan Anwar untuk membuktikan sokongan yang mencukupi untuk terus memimpin negara ini di Parlimen, perkara itu perlu dilaksanakan.

Oleh itu, jelas beliau, jika Anwar gagal membuktikan cukup sokongan ahli parlimen, maka parlimen perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya ke-16.

Justeru beliau menyeru rakyat supaya bersatu padu menunjukkan kuasa mereka untuk mengundi pada pilihan raya enam buah negeri pada kali ini.

Kata beliau, apabila rakyat menunjukkan kuasa mereka, orang politik akan menjadi takut dan setakat ini kerajaan belum takut dengan kuasa rakyat.

Bagaimanapun, kata Raja Petra, langkah seterusnya bergantung kepada keputusan pilihan raya negeri kali ini.

 

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button