Nasional

Spekulasi ganti Maszlee: Mukhriz tak pernah tanya Dr. Mahathir

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dia tidak pernah bertanya bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai khabar angin beliau menggantikan Dr. Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan.

“Saya tidak tahu jadi saya tidak pernah tanya. Dia (ayahnya) sendiri tidak cakap apa-apa mengenainya,” katanya dalam sidang media yang dimuat naik di YouTube.

Mukhriz mengakui ada berjumpa dengan Perdana Menteri sehari sebelum Maszlee meletakkan jawatan.

Beliau juga menafikan menafikan spekulasi dirinya menjadi Menteri Pendidikan.

“Tidak betul, banyak kerja mahu dibuat di Kedah,” katanya.

Bagaimanapun kata Mukhriz, semuanya terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.

“Dia (PM) akan menilainya sendiri dan membuat keputusan. MPT bersedia menerima siapa sahaja yang dipilih,” katanya.- SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button